Posted in Berita on 08/01/2009 01:48 am by Norsalim Ali
Sudah dua minggu saya mencuba System Operasi untuk laptop saya nie. Nampaknya semakin hari semakin sayang saya kepada ubuntu. Ianya stabil, pantas dan yang utama sekali pihak Anti Cetak Rompak tidak boleh mendakwa saya kerana saya menggunakan System Operasi PERCUMA!!!
Pelik ? Apa nak dipelikkan, dah ramai yang guna lebih-lebih lagi UBUNTU ini mesra pengguna, menggunakan UBUNTU seolah-olah seperti kita menggunakan Window$ yang mencekik darah, dah ler mahal, beli cetak rompak pun kena dakwa.
Apa itu Ubuntu?
Ubuntu adalah sebuah system operasi berasaskan linux yang dibangunkan berdasarkan distribusi Debian.
Perkataan ?Ubuntu? berasal dari perkataan dalam bahasa Zulu yang membawa maksud ?Kemanusiaan untuk Semua?. Semangat inilah yang digunapakai oleh pembangun Ubuntu untuk meletakkan Ubuntu sebagai sebuah system operasi hebat dan percuma untuk semua manusia.
Read the rest of this entry »
Posted in Berita on 08/01/2009 12:14 am by Norsalim Ali
Marilah kita menyingkap kembali kenangan lalu, dan mengamalkannya walaupun ringkas namun Tasbih Kaffarah ini sungguh besar ertinya. Antara yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW didalam beberapa riwayat anataranya ialah:
1. Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu” .
Read the rest of this entry »
Posted in Berita on 07/19/2009 04:56 am by Norsalim Ali
Kenapa Yahudi Bijak
Setelah memantau beberapa laman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkannya ke bahasa Melayu, semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita dan generasi mendatang. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus-terusan, sedangkan badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembunuhan secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israel dibawa ke pengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab di sekeliling mereka.
Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” sukacita saya alih bahasakannya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semoga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan generasi yg baik.
Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.
Read the rest of this entry »
Posted in Tazkirah on 07/17/2009 11:30 am by Norsalim Ali
RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Read the rest of this entry »
Posted in Tokoh Pilihan on 07/16/2009 11:13 am by Norsalim Ali
KEMENANGAN Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagal Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting dalam sejarah politik tanahair.Dalam sejarah pilihanraya umum di negara kita, belum pernah berlaku parti-parti pembangkang bergabung dan dapat mengalahkan parti pemerintah (Barisan Nasional) lalu menubuhkan sebuah kerajaan negeri. Inilah yang berlaku di Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah menang untuk berkuasa dalam pilihanraya tersebut.
Angkatan Perpaduan Ummah bukan sahaja telah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, malah telah memenangi semua (sapu bersih) kerusi yang dipertandingkan untuk Dewan Undangan Negeri dan untuk parlimen di Kelantan.
Dalam sejarah perlantikan Menteri Besar pula belum ada seorang tok guru yang berserban dan berjubah dilantik sebagai Menteri Besar, selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Inilah yang saya katakan bahawa kemenangan mutlak Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting dalam sejarah politik tanahair.
Read the rest of this entry »
Posted in Tazkirah on 07/16/2009 11:01 am by Norsalim Ali
Oleh Sheikh Muhammad Nazim
Sri Lanka, 1988
Pernah datang seorang hamba Allah menziarahi seorang wali. Wali bererti seorang yang mempunyai “kehidupan yang bernyawa.†Seseorang itu tidak mungkin menjadi wali melainkan dia mencapai kehidupan yang penuh dengan cahaya. Sekiranya hati seseorang itu “mati,†maka dia tidak boleh menjadi wali, kerana di dalam hati yang tidak bermaya tidak adanya zikirullah. Hati memperolehi hayatnya daripada zikirullah, zikirullah tersebutlah yang membuat hati itu menyebut “Allah.â€Â Hati tersebut sentiasa hidup. Apabila hati itu telah disesuaikan untuk berzikir, mustahil baginya untuk berhenti. Hati tersebut berfungsi untuk menyebut “Allah†dan penjelmaannya melalui terikan “Allah.â€Â Getaran nada “Allah†di dalam hati akan menyalurkan darah ke setiap urat dan rekah. Oleh demikian, sesiapa hatinya berzikir dengan kalimat “Allah,†seluruh badannya berfungsi menyembut “Allah … Allah … Allah.â€Â Apabila dia meninggal dan jasadnya di semadikan di dalam kubur, tiada perubahan akan berlaku kepadanya.
Read the rest of this entry »
Posted in Tazkirah on 07/16/2009 12:16 am by Norsalim Ali
Oleh: Syeikh Ali Jumaah (Ulamak Mesir yang terkenal)
Tasauf adalah manhaj tarbiyah ruhiyah dan sulukiyah yang mengangkat manusia kepada martabat ihsan yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olahnya kamu
melihatnya, maka jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya dia (Allah SWT) melihatmu”.
Maka tasauf itu merupakan program pendidikan (tarbiyah) yang menitik beratkan penyucian jiwa daripada pelbagai penyakit yang mendindingi manusia daripada Allah SWT. Ia juga membetulkan penyelewengan jiwa dan sulukiyah
manusia dalam hubungan bersama Allah SWT, bersama yang lain dan juga dengan diri sendiri.
Read the rest of this entry »
Posted in Tazkirah on 07/15/2009 11:00 am by Norsalim Ali
Oleh Sheikh Muhammad Nazim
Kenapa ramai manusia mengalami masalah tekanan jiwa? Puncanya tidak ada kena mengena dengan perhubungan seks. Terdapat punca-punca yang lain dan apabila punca-punca ini ada, maka kehidupan menjadi satu keseksaan. Kefungsian yang normal di dalam kehidupan tidak dapat dilaksanakan, termasuklah kenikmatan seks, iaitu aktiviti yang paling menyeronokan pada keadaan yang biasa.
Punca utama tekanan jiwa ialah kesan memori terhadap manusia. Kebanyakkan orang menyimpan kekesalan yang mendalam tentang perkara-perkara yang silam di dalam kehidupan mereka – sama ada kekesalan tentang sesuatu keputusan yang mereka ambil atau kesilapan yang mereka lakukan. Apabila kita mengingati semula perkara-perkara tersebut, api membara di dalam hati kita. Kita akan berada di suatu tahap yang mana hati kita akan menjadi kosong, sesuatu kekosongan yang sukar diisi – begitulah dalamnya kekesalan kita.
Read the rest of this entry »