Sahabat-sahabat sekelian, maafkan aku kerana begitu lama tak kemaskini blog ini, kesibukan urusan peribadi menyukarkan untuk aku melaksanakan kemaskini.

Alhamdulillah, hari ini entah apa agaknya, aku terpanggil oleh naluri aku sendiri untuk menukar themes blog ini, dan setelah tercari-cari themes yang aku fikirkan sesuai aku terus tukarkan kepada yang baru, maklumlah kan, dah lama tak kemaskini, biarlah semuanya berwajah baru…

Aku ingin mengulas sedikit perkembangan terkini mengenai tindakan tidak bertemadun Yahudi keatas kapal Turki yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Didalam kapal tersebut dilaporkan ada sekumpulan NGO dari Malaysia yang turut serta menjayakan missi tersebut.

Peliknya resolusi PBB dah bertimbun keatas Yahudi nie, namun tak satupun dilaksanakan, memanglah Amerika adalah sekutu yang paling akrab dengan Yahudi, jika kita tengok betapa cepatnya tindakan Amerika keatas Iraq hanya dengan satu laporan palsu yang mengatakan Iraq ada nekluer.

Yang menjadi amat aneh adalah IOC, betullah agaknya “I Only See” kerana dengan kekuatan minyak yang dianugerahkan Allah langsung tidak mampu untuk melaksanakan satu tindakan yang dapat menghalang Yahudi dari meneruskan kekejamannya.

Jika diimbas kembali segala apa yang dilakukan, samada oleh kerajaan Malaysia mahupun oleh masyarakat antarabangsa, ada baiknya kapal tersebut ditahan oleh Yahudi, baru dapat membukakan mata sedikit negara-negara Islam dari mimpi-mimpi indah yang diputarkan oleh sekutu mereka si Yahudi.

Secara peribadi aku simpati dan ucapkan takziah keatas waris para syuhada yang syahid ditembak oleh Yahudi sewaktu perampasan kapal tersebut.